Tuesday 19 July 2011

Menjana pips secara konsisten setiap hari dalam Forex...

salam..
Sekian lama berkecimpung dalam forex, terdetik di hati saya untuk menulis mengenai forex ini.Wlaupun sebelum ni sy banyak "menyelongkar" blog2 orang lain mengenai forex ni, tp rasanya tidak elok segala ilmu yang sy dapat ni tidak dikongsikan kepada para trader yang baru nak berjinak2 dalam forex ni.


Di sini sy ingin berkongsi sedikit tips mengenai forex hasil keterlibatan saya dalam bidang ini selama lbih kurang 2 tahun setengah.
Sebenarnya , untuk menjana wang dalam forex ni bukannya mudah tp tidak juga susah. Tetapi yang penting adalah disiplin dan money management sepertimana yang selalu di utamakan oleh sesetengah para trader handalan seluruh dunia.
Bagi saya yang paling penting adalah "system" yakni skill atau dalam bahasa yang lebih mudah rules yang kita gunakan untuk entry dan exit trade.
Untuk memulakan langkah sebagai seorang trader, anda perlulah tahu dimana anda perlu simpan wang anda? bagaimana ingin anda "trade" wang tersebut ? dan seumpamanya.
step 1 : anda perlu memilih salah satu broker yang diiktiraf oleh bank negara supaya wang anda selamat untuk disimpan disitu.
Antara broker2 yang sedia ada ialah instaforex,ikofx,marketiva dan sebagainya(Untuk dapatkan lebih bnyk maklumat tentang broker bley search di google). Broker yang sy syorkan adalah 'marketiva' kerana lebih mudah menggunakan broker ini berbanding broker lain dan sy pun stakat ni masih lagi kekalkan momentum keuntungan sejak berjinak2 dalam forex dengan menggunakan broker ni.Alhamdulillah..Disini saya sediakan link untuk ke website marketiva :
http://www.marketiva.com/?gid=40189
http://www.marketiva.com/index.ncre?gid=40189


Anda boleh lawati link yang saya berikan untuk maklumat lebih lanjut.
Sekian dlu entry sy wat permulaan ini. Pada entry yang akan datang saya akan teruskan dengan step 2 dengan teknik yang sy gunakan untuk menjana profit dalam forex secara konsisten..


p/s : sila nyatakan komen andadan sebarang pertanyaan boleh diajukan untuk first entry sy ni dan tanpa segan silu,jadilah follower sy untuk sy teruskan dengan teknik sy :-)
Sy sertakan sedikit pic hasil trade sy untuk harini untuk menaikkan semangat para traders..cheers :-)



wslm.. < hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih >








SAMBUGN...Menjana pips secara konsisten setiap hari dalam Forex...



Salam ..


Sambungan kepada entry sy yg pertama , sy telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai forex dan cara untuk membuka akaun pada broker. Langkah yang seterusnya adalah kita perlu mengetahui sedikit sebanyak istilah2 yang biasa digunakan dalam forex
1)bullish
2)bearish
3)reversal
4)candlelistick




Dari segi analysis ,terdapat dua cara untuk memprediksi pergerakan matawang dalam forex ni ,iaitu
1)fundamental analysis
2)technical analysis

Fundamental analisis ialah satu teknik yang digunakan untuk memprediksi pergerakan matawang berdasarkan berita2 ekonomi seluruh dunia. Antara faktor lain yg mempengaruhi ialah dari segi cuaca dan keadaaan di sesebuah negara yang memainkan peranan terhadap kuat dan lemahnya suatu matawang keatas matawang lain.

Technical analisis pula iailah satu teknik yang menggunakan bantuan indikator untuk memprediksi pergerakan matawang.Indikator ini pula terbahagi kepada dua iaitu "leading" indikator dan "lagging: indikator. Kombinasi antara beberapa indikator mampu menghasilkan signal yang mantap dan boleh digunakan sebagai entry.

Sekian dlu entry sy pada hari ini, akan sy sambung pada esok hari. Maaf sy sedikit sibuk harini :-)

wslm




2 comments:

  1. salam..
    blh terangkan dgn lbh lanjut mengenai forex ni???
    saya pernah dgr psl program ni, cuma x tau nk dptkn bimbingan drpd sape...
    diharap saudari dpt mmbntu sy...
    tq... ^__^

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH sy cuba..feel free to be my follower :-)..sy akan update entry ni ble ade msa terluang..bley juga email sy kaleelaaiod@gmail.com

    ReplyDelete