Friday 22 July 2011

Malaysia vs Singapura.. Siapa akan menang??


Salam..

Selamat malam warga malaysia dan kepada semua peminat bola sepak malaysia pastinya anda tertunggu dengan pertembungan antara pasukan malaysia dan singapura untuk kelayakan piala dunia yang akan berlangsung pada esok hari jam 7.00 malam. Siaran langsung akan disiarkan di siaran astro arena(801). Mari kita saksikan beramai2 dan jangan lupa berikan sokongan padu pada para pemain kita..SELAMAT BERJUANG PEMAIN2 MALAYSIA SEKALIAN!!

Ok, pada entry kali ini saya ingin memberikan sedikit gambaran mengenai percaturan yang akan dilakukan oleh K rajagopal pada pertemuan pada esok hari.(hanya pandangan semata2).

Pada hemat saya ,pasukan negara perlu menguasai bahagian tengah dengan menempatkan pemain berbakat seperti safiq rahim dan sy pasti pemain ini pasti diturunkan rajagopal bersama dengan amar rohaidan yang berindak sebagai defensive mdflder..Pada saya gandingan ini akan lebih mantap sekiranya gary stevent robert diletakkan bersama, tp malangnya beliau bersama skuad olimpik. GERAKAN PERLU DIMULAKAN DARIPADA TENGAH!!






Pada bahagian serangan gandingan safee salee dan fakri perlu digunakan k rajagopal kerana safee mempunyai kelebihan menjaringkan gol dan fakri berkebolehan untuk "hold" bola dan memberi ruang pada safee mencari posisi selesa untuk menjaringkan gol

Dari segi pertahanan , saya jangkakan pertahanan yang jitu samada muslim ataupun aidil akan diturunkan tidak akan beri masalh pada bahagian pertahanan kerana mereka sudah serasi bersama skuad dan mampu mengawal pertahanan dengan baik. Janganlah sesekali menyenaraikan zamani misbah sebagai centre back defender kerana beliau mungkin kurang fit dan sudah lama tidak bermain untuk team malaysia

Secara keseluruhannya, team malaysia pasti akan memnerikan saingan sengit kepada team singapura walaupun rata2 pemain mereka terdiri daripada pemain import dan fizikal yg mungkin lebih kuat. walaubagaimanapun, sy percaya team malaysia akan menang!! MALAYSIA BOLEH!!

wslm





No comments:

Post a Comment